Seluruh warga Malaysia khususnya penggemar dan penggiat bidang menyelamat akuatik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli AQUAPUTRA.
Kelebihan ahli
- Hak untuk mengundi di dalam Mesyuarat Agong Tahunan berpandukan kepada Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
- Kad Ahli Bergambar.
- Keutamaan untuk menyertai sebarang kursus dan aktiviti anjuran AQUAPUTRA atau yang berkaitan. Diskaun ATAU Percuma untuk bayaran penyertaan kursus, aktiviti atau produk jualan yang berkaitan.
Cara memohon
- Lengkapkan Borang Pendaftaran.
- Emel borang yang telah lengkap bersama gambar IC / Lesen Memandu / Pasport kepada admin@aquaputra.com
- Yuran pendaftaran ahli dan yuran tahunan dibayar bagi pihak Persatuan terus kepada:
Nama Akaun : Abdullah bin Mat Said Nama Bank : Maybank No. Akaun : 1660 1011 6851 - Emelkan slip pembayaran ke admin@aquaputra bersama borang permohonan. Sila simpan slip untuk pengesahan.
Yuran Keahlian
Pendaftaran : RM20.00
Tahunan Ahli Biasa : RM50.00
Ahli Bersekutu : RM200.00
Keahlian Seumur Hidup : RM500.00
Tahunan Ahli Gabungan : RM150.00
Yuran Tahunan
Setiap ahli perlu membayar yuran tahunan seperti yang dinyatakan untuk tempoh setahun. Pembayaran perlu dilakukan sebelum 31 Mac setiap tahun. Slip pembayaran hendaklah dihantar kepada Bendahari melalui email admin@aquaputra dengan butiran ahli. Sila simpan slip untuk pengesahan. Sekiranya bayaran yuran tahunan tidak diterima sebelum 31 Mac, keahlian akan terbatal secara automatik.
Kategori Keahlian
Keahlian Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada lima (5) kategori seperti berikut:
- Ahli Gabungan
Terdiri dari persatuan-persatuan sukan Menyelamat Akuatik diperingkat kelab di Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi serta diundi. - Ahli Individu
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diluluskan keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Persatuan dan boleh mengundi serta diundi. - Ahli Remaja
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah dan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk tetapi tidak boleh mengundi dan diundi. - Ahli Kehormat
Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberikan sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi. - Ahli Bersekutu
Terdiri dari persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan Menyelamat Akuatik dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.