AQUAPUTRA – Persatuan Menyelamat Akuatik Putrajaya adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Misi penubuhan adalah untuk melibatkan komuniti Putrajaya dalam aktiviti menyelamat dan sukan rekreasi air, selari dengan hasrat menjadikan bidang ini gaya kehidupan masyarakat di Malaysia.
Sejak 2011, AQUAPUTRA terus bergiat cergas mengendalikan kursus-kursus kemahiran dan persijilan serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan. Antara program-program yang dikendalikan:
- Kelas/Klinik Asas Renang & Menyelamat
- Kursus Menyelamat Di Air Pingat Gangsa (Bronze Medallion)
- Kursus Kejurulatihan Menyelamat Di Air (Instructorship)
- Kursus Penyelamat Antarabangsa (ILS)
- Kursus Menyelamat Kecederaan Spinal
- Kursus Pemulihan Pernafasan (CPR)
- Kursus Pertolongan Cemas (First Aid)
- Kursus Kayak Star 1 & Star 2 (MASCA)
- Kursus Menyelamat Arus Deras (Swift Water Rescue)
- Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 (KBSM)
- Kelas Renang Terapi Anak Kurang Upaya
- Pasukan Penyelamat Acara
- Permainan Sukaneka Air